Idea anda, kami jadikan produk digital.

Nami Pixel Synergy mereka dan membangunkan laman web dan sistem webapp — kemas di mata pengguna, mantap di belakang tabir.

Dibina dengan
  • Laravel
  • Vue.js
  • Nuxt
  • Node.js
  • Prisma
  • MySQL
  • WordPress
  • Inertia.js
  • PHP
  • JavaScript

01Servis

Semua yang bisnes anda perlukan dalam talian.

Dari laman web pertama hingga sistem dalaman yang kompleks — satu pasukan yang reka, bina dan jaga.

Laman Web Korporat

Responsif di semua skrin, CMS yang mudah untuk kemas kini kandungan sendiri, dan SEO-ready dari hari pertama.

Sistem & Portal Web

Dashboard laporan, pengurusan pengguna & peranan, dan integrasi API pihak ketiga — ikut aliran kerja anda.

Landing Page

Satu halaman yang fokus untuk kempen, produk atau acara anda.

Hosting & Penyelenggaraan

Domain, hosting & SSL termasuk untuk tahun pertama, dengan pakej penyelenggaraan tahunan selepas itu.

02Projek

Portfolio kerja live.

Sebahagian laman web, landing page dan portal yang kami bangunkan. Klik untuk lawati.

03Sistem

Sistem webapp yang sedang digunakan.

Dari platform untuk pelanggan hingga sistem operasi dalaman — setiap modul ikut proses sebenar.

Ilustrasi antara muka SatuJiwa

SatuJiwa

Platform kad jemputan perkahwinan digital — jemputan, RSVP dan ucapan tetamu dalam satu pautan.

Ilustrasi antara muka POMS

POMS

Printing Operation Management System — pesanan cetakan dijejak dari terima hingga diambil, termasuk status kerja dan bayaran.

Ilustrasi antara muka Despatch Claim Tracking System

Despatch Claim Tracking System

Tuntutan despatch dihantar, disemak dan diluluskan — setiap status dijejak dalam satu paparan.

Cuba dulu sebelum buat keputusan

Minta akaun demo dan rasa sendiri cara sistem berfungsi sebelum memulakan projek.

Minta akaun demo

Paparan di atas ialah ilustrasi antara muka sistem.

04Harga

Harga yang telus, tanpa kejutan.

Pilih pakej sebagai titik mula. Skop lain sikit? Kita laraskan bersama.

Landing Page

Satu halaman yang fokus untuk kempen, produk atau acara.

DariRM500

Siap ±5 hari bekerja

  • 1 halaman, responsif di semua skrin
  • Butang WhatsApp & pautan media sosial
  • Lokasi Google Maps
  • Domain, hosting & SSL 1 tahun
  • Waranti 3 bulan selepas siap
Jom bincang

Laman Web Bisnes

Paling popular

Untuk PKS, klinik, homestay dan kedai yang perlukan laman lengkap.

DariRM1,200

Siap ±2 minggu

  • Sehingga 5 halaman
  • WordPress — kemas kini kandungan sendiri
  • Galeri, borang hubungi & WhatsApp
  • SEO asas & Google Maps
  • Domain, hosting & SSL 1 tahun
  • Waranti 3 bulan selepas siap
Jom bincang

Laman Web Korporat

Untuk syarikat dan agensi yang perlukan imej profesional.

DariRM2,500

Siap ±3–4 minggu

  • Sehingga 10 halaman
  • Reka bentuk ikut identiti korporat
  • Modul berita, pengumuman & muat turun
  • Dwibahasa — BM & English
  • SEO on-page & Google Analytics
  • Domain, hosting, SSL & e-mel rasmi 1 tahun
  • Waranti 3 bulan selepas siap
Jom bincang

E-Commerce

Kedai online sendiri — jual produk tanpa bergantung pada marketplace.

DariRM2,500

Siap ±4–6 minggu

  • Katalog produk & kategori
  • Troli & checkout
  • Gateway pembayaran FPX
  • Urus stok & pesanan
  • Domain, hosting & SSL 1 tahun
  • Waranti 3 bulan selepas siap
Jom bincang
Tersuai sepenuhnya

Sistem Webapp

Sistem dalaman, portal atau dashboard yang dibina ikut proses sebenar organisasi anda.

DariRM5,000

Tempoh ikut skop projek

Jom bincang harga
  • Modul ikut aliran kerja
  • Dashboard & laporan
  • Peranan & kebenaran pengguna
  • Integrasi API pihak ketiga
  • Laravel / Nuxt + MySQL
  • Deployment & waranti 3 bulan

Harga permulaan — sebut harga akhir ikut skop sebenar. Domain, hosting & SSL termasuk untuk tahun pertama; pembaharuan bermula tahun kedua. Polisi Bayaran Balik. Bajet lain? Jom bincang harga →

05Proses

Lima langkah yang jelas.

Anda tahu apa yang berlaku di setiap peringkat — dari perbincangan pertama hingga selepas pelancaran.

  1. Langkah 01

    Bincang

    Kami dengar matlamat, bajet dan tempoh masa projek anda.

  2. Langkah 02

    Reka

    Wireframe dan prototaip untuk anda semak sebelum kod ditulis.

  3. Langkah 03

    Bina

    Pembangunan dengan teknologi moden dan kod yang kemas.

  4. Langkah 04

    Uji

    Semakan menyeluruh di desktop, tablet dan telefon.

  5. Langkah 05

    Lancar & jaga

    Deployment, waranti 3 bulan selepas siap dan pakej penyelenggaraan tahunan.

06Soalan lazim

Soalan yang selalu ditanya.

Harga, hosting, penyelenggaraan, pemilikan, tempoh siap dan demo sistem.

Tak jumpa jawapan? WhatsApp kami ↗

Harga & bayaran

Berapa kos untuk buat laman web?

Landing Page bermula RM500, Laman Web Bisnes RM1,200, Laman Web Korporat dan E-Commerce RM2,500, dan Sistem Webapp RM5,000. Harga akhir bergantung pada skop projek. Sebut harga adalah percuma.

Bagaimana cara bayaran?

Deposit 50% sebelum kerja bermula dan baki 50% sebelum laman web dilancarkan. Untuk Sistem Webapp, bayaran boleh dibahagikan mengikut fasa. Rujuk Polisi Bayaran Balik.

Hosting

Adakah domain dan hosting termasuk?

Ya. Domain, hosting dan sijil SSL termasuk untuk tahun pertama. Pembaharuan bermula tahun kedua dicaj berasingan.

Penyelenggaraan

Apa jadi kalau ada masalah selepas laman web siap?

Setiap projek ada waranti 3 bulan selepas siap. Pepijat (bug) pada kerja yang kami bina akan dibaiki tanpa caj.

Lepas waranti tamat, siapa jaga laman web?

Kami tawarkan pakej penyelenggaraan tahunan yang meliputi kemas kini, pembaikan dan sokongan. Hubungi kami untuk sebut harga.

Pemilikan

Siapa pemilik laman web selepas siap?

Selepas bayaran penuh diterima, reka bentuk dan kandungan laman web menjadi milik anda. Rujuk Terma & Syarat.

Boleh saya kemas kini kandungan sendiri?

Boleh. Pakej Laman Web Bisnes dibina dengan WordPress supaya anda boleh ubah teks dan gambar sendiri. Untuk pakej lain, kita bincang ikut keperluan anda.

Tempoh siap

Berapa lama untuk siap?

Anggaran: Landing Page ±5 hari bekerja, Laman Web Bisnes ±2 minggu, Laman Web Korporat ±3–4 minggu dan E-Commerce ±4–6 minggu. Sistem Webapp ikut skop. Tempoh bermula selepas deposit diterima dan kandungan lengkap.

Berapa kali boleh minta ubah reka bentuk?

Setiap pakej termasuk 2 pusingan revisi reka bentuk. Revisi tambahan boleh dicaj mengikut skop perubahan.

Demo sistem

Boleh saya cuba sistem dulu sebelum buat keputusan?

Boleh. Kami sediakan akaun demo untuk sistem dalam portfolio kami supaya anda boleh cuba sendiri sebelum membuat keputusan. Minta akaun demo.

Naim Hakimi, pengasas Nami Pixel Synergy

Naim Hakimi

Pengasas & Full-Stack Developer

Bina laman web dan sistem sejak 2021. Setiap projek Nami Pixel saya urus sendiri, dari perbincangan pertama hingga pelancaran.

BSc (Hons) Multimedia, UUMKota Bharu, Kelantan

07Hubungi

Ada projek dalam fikiran?

Minta sebut harga atau akaun demo melalui borang, atau terus WhatsApp. Kami akan balas dengan cadangan dan anggaran kos.

Ceritakan projek andaCuba sistem kami

Kami balas dengan cadangan dan anggaran kos melalui WhatsApp atau e-mel.Kami hantar maklumat log masuk akaun demo melalui WhatsApp atau e-mel.