Polisi
Polisi Bayaran Balik
Dikemas kini: 5 November 2026
Polisi ini terpakai untuk semua pakej laman web dan sistem yang disediakan oleh Nami Pixel Synergy (SSM: 202303249841 (KT0555518-D)).
01Struktur bayaran
- Deposit 50% dibayar sebelum kerja bermula.
- Baki 50% dibayar sebelum laman web dilancarkan (live).
- Untuk Sistem Webapp, bayaran boleh dibahagikan mengikut fasa seperti yang dinyatakan dalam sebut harga.
02Bila bayaran balik diberi
- Batal sebelum kerja reka bentuk bermula: bayaran balik penuh deposit.
- Batal semasa reka bentuk sedang dibuat (belum diluluskan): bayaran balik 50% daripada deposit.
- Selepas reka bentuk diluluskan: tiada bayaran balik.
- Selepas laman web dilancarkan: tiada bayaran balik.
03Perkara yang tidak boleh dikembalikan
Domain, hosting, sijil SSL dan lesen pihak ketiga (contohnya tema, plugin atau API berbayar) yang telah dibeli bagi pihak klien tidak boleh dikembalikan, kerana kos tersebut dibayar terus kepada pembekal.
04Waranti 3 bulan
Waranti bukan bayaran balik. Dalam tempoh 3 bulan selepas projek siap, kami baiki pepijat (bug) pada kerja yang kami bina tanpa caj. Waranti tidak meliputi perubahan skop, ciri baharu, atau kerosakan akibat ubah suai oleh pihak lain.
05Cara memohon
Hantar permohonan melalui e-mel admin@namipixel.com.my atau WhatsApp 019-516 1874 dengan nama, nombor invois dan sebab pembatalan. Permohonan yang layak diproses dalam tempoh 14 hari bekerja melalui pindahan bank.
Baca juga Terma & Syarat untuk skop kerja, revisi dan tempoh siap.