Nami Pixel Synergy ← Laman utama

Polisi

Terma & Syarat

Dikemas kini: 5 November 2026

Terma ini terpakai untuk semua perkhidmatan reka bentuk dan pembangunan laman web serta sistem oleh Nami Pixel Synergy. Dengan membayar deposit, klien bersetuju dengan terma ini.

01Skop kerja

Skop kerja adalah seperti yang dinyatakan dalam sebut harga yang dipersetujui. Kerja tambahan di luar skop akan dicaj berasingan selepas dipersetujui oleh klien.

02Bayaran

Deposit 50% sebelum kerja bermula dan baki 50% sebelum laman web dilancarkan. Rujuk Polisi Bayaran Balik untuk syarat pembatalan.

03Kandungan

Klien membekalkan kandungan seperti teks, logo dan gambar, serta bertanggungjawab memastikan klien mempunyai hak untuk menggunakan kandungan tersebut.

04Revisi

Setiap pakej termasuk 2 pusingan revisi reka bentuk. Revisi tambahan boleh dicaj mengikut skop perubahan.

05Tempoh siap

Tempoh siap yang dinyatakan ialah anggaran, bermula selepas deposit diterima dan kandungan lengkap dibekalkan. Kelewatan bahan daripada klien akan memanjangkan tempoh siap.

06Domain & hosting

Domain, hosting dan SSL termasuk untuk tahun pertama. Pembaharuan bermula tahun kedua dicaj berasingan. Laman web mungkin tidak aktif jika pembaharuan tidak dibayar.

07Waranti

Waranti 3 bulan selepas projek siap untuk pembaikan pepijat pada kerja yang kami bina. Tidak termasuk ciri baharu atau kerosakan akibat ubah suai pihak lain.

08Hak milik

Selepas bayaran penuh diterima, reka bentuk dan kandungan laman web menjadi milik klien. Nami Pixel Synergy boleh memaparkan projek dalam portfolio, kecuali klien meminta sebaliknya.

09Had liabiliti

Nami Pixel Synergy tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung yang timbul daripada penggunaan laman web atau sistem. Liabiliti kami terhad kepada jumlah yang telah dibayar oleh klien untuk projek berkenaan.

10Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

Ada soalan? E-mel admin@namipixel.com.my atau WhatsApp 019-516 1874.